Salam,
Sejak saya mengaktifkan blog baru ni, ramai yg bertanyakan apa sebenarnya offer myEjo yg ditakrifkan sebagai 'personal coaching' dalam tajuk blog ini. Saya sudah berbincang dgn rakan2 di myEjo mengenai perkara ini. Berikut adalah penjelasan nya:
Sebelum tu saya terangkan dulu kenapa idea ini timbul. Setelah sekian lama mengendalikan kursus forex, saya dapat mengenalpasti beberapa 'trend' yg berulang terjadi kepada semua orang yg menyertai industri ini.
1) Hampir kesemua trader baru yg membuat deposit permulaan dalam live account, akan terlingkup jua kesudahannya dalam tempoh 6 bulan. Kita sememangnya maklum akan perkara ni, dan sebahagian kita memang bersedia untuk mengorbankan duit atas nama sebagai tuition fees. Jika deposit itu USD1000 pasti habis. Kalau buat topup selepas itu pun habis juga. Pendek kata, kalau USD10000 sekali pun pasti habis.
2) Kebanyakan trader yg kecewa dgn forex hanya sempat aktif dalam tempoh kurang dari 6 bulan. Bersara awal bukannya kerana sudah bosan atau pun tiada stamina, tapi duit dah takde. Habis dicukur oleh Cik Marginah.
3) Mempelajari teknik baru bukanlah sesuatu yg susah. Sekali duduk pun dah boleh faham, boleh terus cuba di live account. Namun begitu, teknik yg hebat tidak juga mampu mengubah prestasi buruk dalam trading.
4) Bagi trader yg sudah berpengalaman, sangat bersetuju aspek paling susah dalam forex ialah mengawal emosi dan istiqamah dalam disiplin.
Untuk memperbaiki dan mengatasi permasalahan di atas, kita sebagai trader seharusnya bertindak menghadapi cabaran trading mengikut petua berikut. Bagi trader baru, inilah bentuk silibus yg kami akan ajarkan pada masa depan.
1) memahami bagaimana pasaran forex berfungsi. Tahu apakah aspek fundamental yg menyebabkan pasaran bergerak.
2) memahami bagaimana kita boleh menjana untung hanya menggunakan aspek teknikal.
3) mempelajari beberapa jenis sistem trading dan memilih satu yg paling sesuai dgn diri sendiri. Buat penyesuaian apa yg perlu dan berikan kod teknik itu "A+".
4) setup satu akaun untuk anda gunapakai teknik A+ anda. Anda hanya akan order jika market menunjukkan adanya signal A+. Anda akan masuk order mengikut money management yg betul.
5) anda melakukan review dan memperbetulkan kesilapan dalam trading yg lalu. prestasi 6 bulan adalah ukuran samaada anda sesuai menjadi trader pro atau anda perlu memikirkan industri lain yg lebih memberi manfaat.
5 langkah di atas, jika dapat diberi perhatian dan diamalkan oleh setiap trader, saya percaya kes kegagalan dapat dikurangkan ke tahap minimum.